Seorang bekas polis Cawangan Khas memberitahu, dia pernah dilabel sombong ketika menyamar sebagai gelandangan untuk mengesan kedudukan komunis sehingga lokasi penyembunyian pengganas itu dapat diserbu.
Mengimbau semula kejadian itu, Ahmad Rusli Ibrahim, 82, berkata, ketika itu dia ditugaskan untuk mengesan kedudukan komunis termasuk mengintip pergerakan dan kedudukan ahli jawatankuasa tertinggi komunis
Pahang, Perak dan Selangor, Yau Tai Chong.
Katanya, sebagai anggota Cawangan Khas, antara cabarannya ialah dia perlu merahsiakan identiti dan terpaksa mengikuti suspek dengan dekat hingga merisikokan keselamatan diri.
“Saya menyamar sebagai gelandangan untuk mengesan komunis di kawasan bandar. Saya pernah tinggal di tepi longkang lalu terserempak dengan bapa saudara.
“Saya buat tak tahu bila dia tegur hingga saya dilabel sombong. Itulah cabaran kerja hingga tidak ada gambar kenangan yang boleh disimpan," katanya yang bertugas di Cawangan Khas E3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berpangkat Inspektor.
Ikuti kisah menarik pengasas pasukan keselamatan Lembaga Letrik Negara itu yang bukan sahaja perlu menyembunyikan identiti, malah merisikokan keselamatan diri demi memastikan pihak musuh berjaya diberkas.