Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI KEBANGSAAN 2023: BEKAS POLIS JADI SAKSI DUA RAKAN DITEMBAK KOMUNIS

Bachok, 11 September 2023 – Seorang bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) masih mengingati peristiwa bertempur dengan komunis sehingga dua rakan karibnya terkorban di depan mata semasa operasi di kawasan Hutan Lambun dekat sini kirakira 48 tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Konstabel Hassan@Yusoff Jaafar, 76, berkata, dua rakannya yang dikenali Mat Yassin dan Mat Yusoff itu maut semasa dia bersama-sama 30 anggota menaiki kenderaan sebelum bertembung komunis.
Menurutnya, anggota komunis kemudiannya melepas tembakan bertubi-tubi ke arah kenderaan PPH sebelum terkena dua rakan setugasnya.
“Dua rakan saya terkorban di lokasi kejadian. Melihat kekuatan kami yang semakin lumpuh, anggota komunis datang merampas senjata anggota PPH sebelum mereka melarikan diri.

“Saya bersama anggota lain terus mengangkat dua rakan yang berlumuran darah ke dalam kenderaan sebelum mereka dibawa keluar dari kawasan hutan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di pekan Bachok di sini semalam.
Bercerita lanjut, Konstabel Hassan yang mula berkhidmat sebagai anggota PPH pada 1969, berhenti 13 tahun kemudian selepas trauma dengan kejadian yang menimpa dua rakannya yang maut di depan mata.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS