Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI KEBANGSAAN 2023: JANTAN TIDAK LUPA TRAGEDI 8 POLIS MAUT DISERANG KOMUNIS

Tampin, 11 September 2023 - Tragedi serangan hendap komunis di Jalan Bukit Jalor, Air Kuning Selatan, di sini, pada 12 Ogos 1952 tidak akan dilupakan bekas anggota polis dan penduduk di kawasan itu.

Apa tidaknya, tragedi itu mengorbankan nyawa lapan orang anggota polis dan tiga orang anggota lagi cedera parah.
Seorang penduduk, Jantan Harun, 91, yang bertugas dalam Pasukan Kawalan Tempatan (Home Guard) memberitahu, ketika kejadian, dia bertugas di dalam hutan.
“Ketika itu, sebuah lori balak dibakar komunis yang berang apabila lori berkenaan tidak membawa bekalan makanan untuk mereka. Sekumpulan polis diketuai seorang pegawai berbangsa India dan berpangkat Inspektor datang bagi kes berkenaan.

“Akhirnya mereka yang menyiasat kes itu diserang hendap dan lapan orang daripadanya terbunuh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya yang terletak Kampung Paya Lebar, Air Kuning Selatan di sini semalam.
Jantan turut berkata, dia bertugas sebagai sebagai Home Guard sehingga negara bebas daripada serangan komunis dan pernah ditembak di bahagian lutut dalam satu operasi mengesan komunis di Ulu Miku, Rembau.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS