Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] AI: USAH PERCAYA BULAT-BULAT

Kuala Lumpur, 12 September 2023 - Aktiviti jenayah siber seperti penipuan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka lebih meluas di negara ini apabila teknologi itu digunakan sepenuhnya dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penipuan itu mungkin sudah berlaku di negara ini namun ia belum meluas.

"Menerusi teknologi AI penjenayah siber bertindak lebih ke hadapan apabila boleh menggunakan rakaman video atau gambar palsu “deepfakes” berasaskan AI untuk membuat pemerasan dan panggilan palsu bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.

"Bukan sahaja suara, malah video dan gambar juga boleh di olah menggunakan AI oleh pelaku untuk menipu mangsa. Mereka juga dikesan menggunakan teknik “natural language” (bahasa natural), gaya suara seseorang boleh ditiru dengan mudah, malah dalam apa bahasa sekalipun yang menggambarkan ia adalah suara mangsa," katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text that says 'Oleh Hafidzul Hilmi Mohd tural m@hmetro.com.my teknik AI: Usah percaya bulat bulat-bulat Aktiviti jenayah tipu guna teknologi kecerdasan buatan dijangka meningkat dalam masa terdekat kesedaran tentang sejenak 'Umpamanya, diugut liti dan barkan (kadar) sih boleh digayakan dari pelba- tanpapa dengan Mereka (PDRM) 'Bukan sahaja suara, video gambar juga boleh diolah menggunakan oleh pelaku untuk menipu''
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS