Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

WAJAH SUGUL BONGKAR SENGSARA AMAH MENJADI MANGSA DERA DAN ROGOL MAJIKAN

Kuala Lumpur, 27 September 2023 - Wajah sugul seorang pembantu rumah warga Indonesia berdiri di pintu jeriji sebuah unit kondominium di Kepong, di sini, membongkar kesengsaraan dirinya apabila mendakwa menjadi mangsa pukul dan rogol oleh majikannya.

Menceritakan semula kejadian, penghantar barangan terbabit yang mahu dikenali sebagai Hafis (bukan nama sebenar), 33, berkata, dia ketika itu sedang memindahkan barangan milik penghuni yang berpindah masuk ke unit kondominium berkenaan.
"Dia memberitahu saya bahawa majikannya memukulnya dengan batang besi dan turut mengambil kesempatan ke atas dirinya," katanya kepada Harian Metro.

Susulan laporan polis dibuat lelaki itu, polis yang menerima maklumat kemudian menyerbu rumah terbabit dan menyelamatkan mangsa.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan mengesahkan kejadian berkata, siasatan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, sepasukan polis yang menyerbu rumah berkenaan turut menahan suspek bagI membantu siasatan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS