Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SKMM SEKAT 2.4 BILION PANGGILAN CURIGA

Putrajaya, 28 September 2023 - Sejumlah 2.4 bilion panggilan mencurigakan disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak 2018 sehingga kini yang dikesan ada unsur penipuan (scam).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Puan Teo Nie Ching (张念群) berkata, setiap insiden “scam” yang berlaku melibatkan modus operandi berbeza.

Namun motif utama adalah demi mendapatkan keuntungan yang akhirnya mangsa mengalami kerugian wang ringgit mencecah ratusan ribu ringgit sepanjang tahun.

Bagaimanapun, jelas beliau, isu-isu seperti ini berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia dan pihak SKMM membantu kedua-dua badan itu dengan bantuan teknikal jika diminta bagi tujuan penyiasatan.

Ekoran jenayah ini, katanya, SKMM turut membuat sekatan sebanyak 581 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mencurigakan sejak 2021.

“Sebanyak 237,999 nombor, termasuk nombor mudah alih dan tetap yang menghantar SMS mencurigakan ditamatkan perkhidmatan sejak 2021.

“Sebanyak 3,847 laman web phishing turut disekat sejak 2020 selain 29 laman web disekat (berdasarkan permintaan daripada PDRM atas kesalahan bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan),” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text that says 'SKMM sekat 2.4 bilion panggilan curiga ehMAISARAH SHEIKRAHIM SKMM sekat 2.4 bilion panggilan curiga rimuka1 katanya, mencurigakan.se juta paut- nombor, PUTRAJAYA: Sejumlah 2.4 panggilan Ogos CHING banyak kes direkodkan Malaysia dengan kerugian RM139.46 ter- Bercakap melibatkan kerugian RM rekod, Utusan empoh Ching demi ch Email Compromise (BEc) pula, nyiasatan. tujuan pe- tahunir dalam tempoh Mei hingga pihak.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS