Melaka, 5 Oktober 2023 - Kejadian dikejar dengan parang oleh pesakit mental ketika bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Johor antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Sarjan Mejar (SM) Nazri Md. Noor, 55.
Katanya, ketika itu dia bertugas di Unit Cawangan Pencegahan Jenayah IPD Segamat.
Saya masih ingat dikejar dengan parang oleh seorang lelaki yang mengamuk. Suspek ini kira mental (pesakit).
“Saya boleh mengambil tindakan pantas dengan menggunakan senjata api tetapi memilih mengurangkan kecederaan lebih serius. Saya juga tidak mahu terburu-buru menggunakan senjata api kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Jadi saya gunakan kebijaksanaan (akal) untuk tangani insiden tersebut. Akhirnya kes itu dapat dikendalikan dengan baik dan suspek dapat ditangkap,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.