Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TAHAN LELAKI GUNA KERETA SEWA BAWA SYABU RM5.1 JUTA

Georgetown, 5 Oktober 2023 - Seorang pekerja pendawaian elektrik ditahan bersama 150 bungkusan plastik berisi dadah dipercayai Syabu bernilai RM5.1 juta dalam serbuan di Bandar Cassia, Batu Kawan, dekat sini, kelmarin.

Lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai “transporter'' dengan dadah dibawa dibungkus dalam pek mirip bungkusan teh bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Suspek dipercayai datang dari Lembah Klang dan menerima upah RM5,000 membawa dadah menggunakan kereta sewa.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Khaw Kok Chin berkata, serbuan pada jam 12.50 tengah hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Seberang Perai Selatan itu mengesan suspek memindahkan bungkusan mencurigakan dari kenderaan pelbagai guna ke dalam kereta lain.

“Pemeriksaan dalam kedua-dua kenderaan menemukan enam guni mengandungi 150 plastik disyaki Syabu yang kelihatan seperti bungkusan teh bertulis Guanyinwang dengan anggaran berat 157.18 kilogram (kg).

“Kita percaya bekalan syabu dari Thailand itu dibawa melalui jalan darat untuk diedar sekitar Pulau Pinang sehingga Lembah Klang.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kini direman tujuh hari sehingga 10 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS