Kuala Lumpur, 6 Oktober 2023 - Tindakan seorang wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) bersembunyi di ruangan kompresor penyaman udara gagal apabila ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, di sini, kelmarin.
Dalam operasi jam 9.00 malam, wanita berusia 30-an itu ditemui di sebalik beberapa kompresor dalam ruangan sempit berkenaan.
Dia
dipercayai menggunakan pintu kecil untuk ke ruangan berkenaan yang terletak dalam bilik air di sebuah bilik karaoke.
Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus berkata, ketika serbuan, terdapat kira-kira 50 pelanggan sedang berhibur di premis tiga tingkat berkenaan.
“Berdasarkan risikan, terdapat antara 30 hingga 40 GRO wanita warga asing bekerja di pusat hiburan itu dengan khidmat mereka dikendalikan dua orang "mummy" warga asing," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.