Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: EMPAT KUMPULAN MILITAN DALAM RADAR - ESSCom

Lahad Datu, 9 Oktober 2023 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menyenaraikan empat kumpulan militan dalam radarnya iaitu Abu Sayyaf Group (ASG), Kidnapping For Ransom Group (KFRG), Islamic State Daulah Islamiah (ISDI) serta Royal Security Force (RSF).

Komander Eastern Command, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, pihaknya memandang serius ancaman yang berpotensi diwujudkan oleh mana-mana kumpulan militan mahu pun pengganas.

Bagaimanapun, katanya, dalam tempoh kajian setakat ini mendapati tidak wujud sebarang gerakan oleh kumpulan terbabit yang menjurus kepada usaha merekrut warga tempatan bagi melaksanakan dan menyokong propaganda mereka.
“Ini kerana tangkapan ke atas tali barut sebelum ini memberi pengajaran kepada masyarakat.

“Dari segi ancaman yang berpotensi pula adalah di tahap sederhana. Ini berdasarkan tindakan penguatkuasaan oleh negara Filipina yang serius dan komited dalam menjejak seterusnya meneutralkan ancaman oleh kumpulan berkenaan,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Ikuti temu bual bersama Komander Eastern Command, DCP Datuk Victor Sanjos berkenaan perancangan dan tindakan Pasukan tersebut bagi mengekang ancaman keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS