Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GRO KAHWIN LELAKI TEMPATAN!

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2023 - Masuk sebagai pelancong sebelum wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ini akan keluar dari negara ini untuk 'bersembunyi' di negara jiran apabila pas pelancong hampir tamat tempoh.

Apabila keadaan 'reda', sindiket yang menguruskan GRO warga asing ini akan membawa mereka masuk semula ke negara ini menggunakan pas pelancong untuk menjalankan kegiatan lama.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, sindiket pelacuran sentiasa menukar modus operandi mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, jika dahulu wanita warga asing masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong untuk bekerja sebagai GRO akan pulang semula ke negara terbabit selepas pas pelancong tamat.
Katanya, pada masa sama, ada juga antara mereka berkahwin dengan lelaki warga tempatan demi tujuan melanjutkan pas lawatan sosial (PLS) untuk melakukan kerja haram seperti aktiviti pelacuran.

“Sindiket akan mencari lelaki terutama warga emas untuk berkahwin dengan wanita ini, namun hakikatnya mereka ini sebenarnya bekerja sebagai GRO.
“Namun kini, siasatan polis mendapati sindiket tetap membawa masuk GRO ini menggunakan pas pelancong, malah berpura-pura membeli tiket balik bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS