Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SIASATAN LEBIH TELUS DAN ADIL - KPN

Georgetown, 13 Oktober 2023 - Polis sedang melengkapkan siasatan membabitkan kes orang kena tahan (OKT) dipukul ketika dalam tahanan seperti tular di media sosial, kelmarin.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan merujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi melihat tindakan lanjut sebaik sahaja siasatan itu lengkap.
Katanya, pihaknya juga memberi jaminan akan menyiasat perkara itu dengan adil tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Kita sudah membuka kertas siasatan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan. juga sudah membuat sidang media. Jadi kita akan lebih telus dan lebih komitmen serta adil dalam menyiasat perkara ini.
“Saya sudah sampaikan perkara ini kepada Ketua Polis Selangor, jadi kita akan dapat tahu siasatan itu dan apabila lengkap kita akan hantar kepada AG (Peguam Negara) bagi cadangan,” katanya pada Majlis Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke-76 di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Batu Uban, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS