Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MISI GETIR PDRM BURU GELARAN PIALA AGONG

Pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu memastikan impian mereka untuk menamatkan kemarau kemenangan lebih tiga dekad pada saingan Ragbi Piala Agong mampu direalisasikan.

Bagaimanapun, PDRM tidak berdepan laluan mudah apabila akan berdepan juara musim lalu, Putrajaya pada aksi final di Stadium Ragbi Perak, Ipoh petang ini.
PDRM yang diketuai tonggak kebangsaan, K. Dineshvaran atau dikenali sebagai Dugro percaya bahawa mereka bersedia untuk menghadapi segala cabaran biarpun ditentang hebat oleh Putrajaya.

Tegas Dugro, dia dan rakan-rakan sepasukan teruja apabila tekad membantu PDRM kembali di puncak selepas kali terakhir mereka menjulang kemenangan pada tahun 1991.

“Pastinya untuk mara ke final ini bukan mudah selepas kami bertungkus-lumus mengekang asakan Sabah pada aksi separuh akhir baru-baru ini.

Ayuh berikan sokongan padu dan doakan kemenangan buat Pasukan Ragbi PDRM.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo Online seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS