Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: BANTERAS DADAH SECARA MENYELURUH

Putrajaya, 24 Oktober 2023 - Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) yang bermesyuarat pada Isnin menggariskan tiga matlamat utama dalam mewujudkan 'pengubah keadaan' bagi membanteras gejala dadah secara menyeluruh dan berkesan.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi JKMD berkata, tiga matlamat tersebut adalah tindakan menghalang penyeludupan dan pengedaran dadah, meluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan, serta meningkatkan daya tindak daripada bahaya dadah.

Di bawah matlamat tindakan membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid berkata, jalan-jalan tikus dan jeti haram di Perlis, Kelantan dan Kedah akan dihapuskan bagi menghalang kemasukan dadah haram ke dalam negara.

“Selain itu, kawalan lebih ketat perlu dilaksanakan dengan meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada pengedar dadah dan pemilikan dadah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Mesyuarat JKMD Bilangan 2 Tahun 2023 itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text that says 'menyeluruh dan berkesan. Datuk Hamid haram ke da- Zahid Banteras dadah secara menyeluruh Jalan tikus, jeti dadah pemulihan mudah diperoleh haram akan khususnya dihapuskan antara talian, tiga matlamat PUTRAJAYA 'Selain kawal- ketat meminda Dadah Berbahaya Kabinet Membanteras Gejala tindak Isnin bahan seperti gam dapat meneliti menggariskan mewujudkan dikena- kepada banteras berkata, alan-jalan lang- dadah secara kenyataan yang dikeluarkan JKMD dadah kemasukan -dagang membanteras Menyentuh Bilangan Ahmad Jabatan penghantaran dadah melalui daya Laporan September ada22 isu Polis PDRM) alberi unakan DADAH TERAPUNG masya- bukan yang sistematik Berkaitan bahaya dengan cara bawah Berbahaya dengan daripada terjebak dadah, katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS