Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS KENAL PASTI INDIVIDU TERLIBAT PENYELUDUPAN DADAH KE AUSTRALIA

Kajang, 28 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti beberapa individu di negara ini dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah Methamphetamine di Melbourne yang berjaya dibongkarkan negara berkenaan pada 4 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, identiti mereka tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan.

Kata beliau, siasatan awal mendapati, dadah berkenaan diseludup dari kawasan segi tiga emas dan dibungkus semula di negara ini sebelum dihantar ke negara berkenaan.
"Kita (polis) telah dapat maklumat dari pihak berkuasa Australia. Kita sedang jalankan siasatan bagi mengenal pasti sindiket yang menyeludup dadah itu.

"Perkara itu masih dalam tindakan kita," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS