Kuala Lumpur, 30 Oktober 2023 - Golongan berpendapatan rendah (B40) serta individu yang baru sahaja bersara antara yang tertinggi menjadi mangsa penipuan pakej haji dan umrah.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan diterima didapati punca utama ia berlaku berikutan ramai terpedaya dengan pakej umrah pada harga tidak masuk akal.
“Punca utama dikenal pasti adalah kelemahan dan keghairahan mangsa sendiri apabila mudah diperdaya dengan pakej umrah yang murah dan harga yang tidak munasabah.
“Seperti contoh, terdapat iklan pakej umrah lengkap berharga RM4,500 walhal mustahil harga seperti itu memandangkan harga tiket kapal terbang sahaja sudah mencecah RM4,000.
“Itu tidak termasuk kos makan, penginapan, kelengkapan dan pengangkutan lagi,” katanya kepada Harian Metro.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.