Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 106 WARGA ASING DI PASAR BORONG DITANGKAP PGA

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2023 - Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong di sini, kelmarin.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Zulkifli Jonit berkata, dalam operasi Taring Nyah II pada jam 4.30 pagi itu, seramai 103 lelaki dan tiga wanita yang ditahan itu terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan India.

“Kesemua pendatang asing tanpa izin itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(3), Seksyen 6(i)(c), serta Seksyen 15(4), Seksyen 15(i)(c) Akta Imigresen 1959 dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan penyeludupan pendatang tanpa izin di mana-mana balai berhampiran.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'GAGAL TUNJUK DOKUMEN SAH 106 warga asing di pasar borong ditangkap PGA Kuala Lumpur: nahan gagal asing serahkan kepada Jabatan un- sebuah pasar lanjut wah Seksyen (3), ,Seks- Seksyen Seksyen Kesemua pendatang asing tanpa kepada Imigresen Malaysia untuk siasatan lanjut' omisioner Zulkifli operasi 39 Peratu- Nyah tanya dalam satu kenya- Beliau berkata, orang ditahan daripada warga Bangla- Zulkifli desh, Indonesia, Myan- berkaitan mardan India. pendatang tanpa pendatang balai asing tanpa izin hampiran. ber- ANTARA warga asing yang diperiksa dalam Op Taring Nyah Idi pasar borong,'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS