Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 5,648 HOTSPOT BANJIR SELURUH NEGARA

Petaling Jaya, 31 Oktober 2023 - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti sebanyak 5,648 lokasi "hotspot" atau berisiko banjir yang meliputi 161 daerah di seluruh negara yang memerlukan perhatian khusus dan persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sehubungan itu, JPS telah bersedia dengan 1,342 stesen tele­metri hujan dan aras air, 543 siren amaran banjir, 1,526 tolok turun dan 737 pam bergerak.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, sebagai persiapan menghadapi musim banjir kali ini, pihaknya dan kerajaan negeri sentiasa mengadakan latihan bagi meningkatkan kesiapsiagaan berdepan musim tengkujuh yang dijangka tidak lama lagi.

"Latihan yang diadakan iaitu Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) sudah diadakan sepanjang tahun terutama menjelang Monsun Timur Laut.

"Seramai 24,069 peserta terdiri daripada ketua-ketua komuniti, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam latihan kali ini," katanya.

Bacaan Lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
May be an image of 4 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS