Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MISI KEMANUSIAAN PENDUDUK KAMPUNG SALILIRAN SELESAI

Nabawan, 31 Oktober 2023 - Misi kemanusiaan menghantar bakul makanan kepada penduduk Pensiangan yang terjejas kali ini tertumpu di Kampung Saliliran terletak berhampiran sempadan Kalimantan, Indonesia.

Bantuan kecemasan ini adalah kesinambungan dua misi dilaksanakan badan bukan kerajaan (NGO) Forces of Love (FOL) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Menerusi misi ini, kira-kira 800 kilogram (kg) makanan seperti ayam, telur, sayur-sayuran dan makanan kering diserahkan kepada 23 keluarga dan sembilan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran.

Selain itu, peralatan persekolahan turut dibawa bagi kegunaan 23 murid di sekolah berkenaan.

Pada awalnya, bantuan kali ini dirancang menggunakan laluan darat yang mengambil masa 16 jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda dan bot selain berjalan kaki.

Namun, ihsan PDRM berjaya menyelesaikan masalah apabila bersetuju membawa semua barangan menggunakan helikopter jenis AW139.

Perjalanan udara dengan dua kali penghantaran mengambil masa setengah jam bermula dari Balai Polis Nabawan sebelum mendarat di padang Kampung Saliliran.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 11 people, helicopter and text that says '800kg makanan untuk 23 keluarga dan sembilan guru Saliliran dibawa menggunakan helikopter milik PDRM ASMIN NABAWAN SIRI2 Misi kemanusiaan penduduk Kampung Saliliran selesai sem- EKSKLUSIF Wakil Kampung Saliliran bersama PDRM, uanutama YAMPIL pulangk Nabawan Keningau, JBPM Sukarelawan memunggah makanan helikopter Misi kemanusiaan Û enghantar bakul Pensiangan'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS