Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: TAWAR KONGSI BISNES TIDAK WUJUD

Alor Setar, 1 November 2023 - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai menggunakan gelaran 'Datuk' palsu bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, individu terbabit dikenali sebagai Mohamd Jaylani Sheikh Mohamad, 44, dan beralamat terakhir di Taman Citra di sini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa laporan polis yang diterima berkaitan kes penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud membabitkan suspek.

“Jumlah kerugian berkaitan kes ini membabitkan RM1 juta dan hasil siasatan mendapati, suspek menggunakan gelaran 'Datuk' palsu. Usaha mengesannya masih berjalan,” katanya pada satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS