Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIADA UNDANG-UNDANG KHUSUS JENAYAH SIBER

Petaling Jaya, 3 November 2023 - Tindakan kerajaan meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) adalah tepat kerana undang-undang yang ada tidak memberi pengertian khusus mengenai istilah berkaitan jenayah siber terutama membabitkan kegiatan” Love Scam” dan penipuan dalam talian.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, perkara berkenaan adalah wajar dan sangat relevan dilaksanakan bagi memastikan pihak berkuasa melakukan penyiasatan kes jenayah siber dari segi pengumpulan data dan mengukuhkan rantaian keterangan bagi meneruskan pendakwaan di mahkamah.

Kata beliau, sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah ada menyatakan cadangan Polis Diraja Malaysia untuk melakukan pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) selain bercadang mewujudkan satu undang-undang di bawah Siber Sekuriti.

Turut senada, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan cadangan pindaan undang-undang itu supaya selaras dengan keadaan semasa.

Kata beliau, ketika ini kemajuan dan kepesatan teknologi itu menyebabkan sesetengah undang-undang menjadi tidak lagi relevan dan lapuk.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'PETALING JAYA: Tindakan kera- neminda Kanun Tiada undang undang khusus jenayah siber (Akta 574) adalah undang-undang gan bagi meneruskan pendak- mengenai istilah Scam sebelum ini, Menteri Datuk penipuan dalam Memberitahu sia, Persatuan Peng- Malaysia, Dıraja dan diambil Ahmad perkara ngan utama seperti Akta Komputer 1997, Komunikasi Kanun Keseksaan erlindungan Data Perib- (Akta RAMLI MOHAMED YOOSUF Turut atau selain undang pihak berkuasa melakukan penyiasa- jenayah siber Siber Jenayah pindaan segi un- ngukuhkan rantaian keteran- seiring penjenayah,' Untuk jenayah terbabit. ketika kawal oleh beberapa perunda- teknologi menjadi lagi relevan dan lapuk.'
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS