Ipoh, 4 November 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) DIG Dato’ Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay merupakan antara senarai 238 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Perak bersempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2023 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah.
Dato’ Sri Ayob Khan akan dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima'.
Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Ahad ini.