Kuala Lumpur, 5 November 2023 - Guna skrip ‘kelentong’ tawaran kerja palsu disediakan sindiket “scammer” di komputer masing-masing bagi digunakan untuk memperdaya mangsa di Hong Kong dan Ireland.
Itu taktik digunakan pusat panggilan penipuan berpangkalan di Kajang, Selangor membabitkan 22 ahli sindiket pelbagai peringkat usia.
Sindiket itu bagaimanapun dibongkar polis hasil operasi Op Khas 66/23 pada 25 Oktober lalu.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, antara ditahan dalam Op Khas 66/23 adalah 20 lelaki dan dua wanita berusia 17 hingga 51 tahun.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati sindiket itu menggunakan modus operandi dengan menghubungi mangsa menggunakan skrip khas disediakan dalam komputer masing-masing.