Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] WANG KERTAS PALSU: SIMPAN JUGA SALAH, PENIAGA PERLU LAPORKAN KEPADA POLIS

Kuala Lumpur, 5 November 2023 - Polis Diraja Malaysia mengingatkan peniaga atau orang awam yang menerima wang palsu supaya segera melaporkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sesiapa yang menyimpan wang palsu juga merupakan satu kesalahan.
Mengulas lanjut, katanya, polis mengesan penggunaan wang palsu melibatkan urusan pembelian dilakukan suspek di premis perniagaan seperti kedai runcit.

“Suspek menggunakan wang kertas RM50 dan RM100 palsu untuk membuat pembelian yang bernilai kecil bagi mendapatkan pulangan yang maksimum.
“Biasanya, pembelian di bawah RM10 dan sekiranya peniaga tidak cakna dengan perkara ini, akan menjadi mangsa,” katanya kepada Sinar Ahad.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS