Kuala Lumpur, 18 November 2023 - Aktif biak dan bekal spesies burung ruak-ruak secara haram untuk dijual di pasaran gelap tempatan.
Itu tindakan dilakukan seorang lelaki tempatan yang diberkas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (
PERHILITAN) Semenanjung Malaysia selepas dikesan mengaut keuntungan hasil kegiatan jenayah pemerdagangan hidupan liar.
Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, risikan dilakukan terhadap kegiatan suspek sejak lebih sebulan lalu.
Menurutnya, suspek dikesan menganggotai kumpulan peminat burung ruak-ruak yang menjual burung ini sehingga RM5,000 seekor bagi burung denak atau pemikat.
“Susulan daripada maklumat yang diperolehi, sepasukan anggota PERHILITAN diketuai pegawai Celescoriano Razond melakukan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama 11 anggota Pasukan Gerakan Am sekitar jam 6.30 petang kelmarin.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.