Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TAKTSTORER BIKIN ONAR SEDUNIA - KPN

Kuala Lumpur, 25 November 2023 - Buat ugutan bom palsu di Malaysia melalui e-mel dihantar suspek yang berada di Kepulauan Cyprus di Lautan Mediterranean.

Perkara itu disahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menerima 44 laporan berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara sejak Selasa lalu sehingga jam 8 pagi kelmarin.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah diterima itu membabitkan sekolah kerajaan, swasta dan antarabangsa.

Beliau berkata, akaun e-mel menggunakan nama Taktstorer itu dikenal pasti berasal dari Cyprus dan alamat protokol Internet e-mel itu dari Finland yang sering berubah.

“Kami menghubungi Pengarah Pelajaran Negeri untuk sekolah yang mempunyai e-mel Google (untuk kenal pasti ancaman bom palsu),” katanya selepas hadir Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena Sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras di sini, kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS