Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] BULI SIBER: TIKTOK PALING TINGGI

Kuala Lumpur, 28 November 2023 - Platform media sosial TikTok paling kerap digunakan untuk tujuan buli siber, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, sebanyak 804 kandungan berkaitan buli siber diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama platform media sosial itu.
"Sejak 1 Januari tahun ini sehingga 15 November 2023, pihak MCMC dengan kerjasama platform media sosial menurunkan 1,147 kandungan berkaitan buli siber atau "harassment".

"Statistik menunjukkan sejumlah 804 kandungan buli siber dari Tiktok diikuti Facebook dengan 195 kandungan, Instagram (9), Youtube (9), X (7) dan lain-lain sebanyak 123 kandungan," katanya.

Namun, beliau terbuka dengan usaha untuk menggubal undang-undang khusus untuk menangani isu buli siber.

"Buli siber bukan isu remeh, tidak boleh dipandang ringan, mungkin satu akta khusus boleh diwujudkan untuk buli siber dan saya akan membawa cadangan ini untuk berbincang dengan pihak lain," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS