Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: DATUK DALANG SELUDUP ARAK, PROSES DADAH DITAHAN POLIS

Johor Bahru, 30 November 2023 - Polis menumpaskan sindiket penyeludupan arak dan pengedaran dadah, selain membongkar makmal dadah di Pasir Gudang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, berkata lima lelaki ditahan dalam tiga serbuan berasingan, termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dipercayai dalang sindiket.

Beliau berkata, serbuan pertama dilakukan Pasukan Gerakan Am Batalion 5 Simpang Renggam antara jam 11 pagi sehingga 8 malam di sebuah kilang yang mempunyai pagar tinggi.

“Pada mulanya, polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua warga asing berusia 26 hingga 46 tahun selepas memeriksa 11 kontena dan menemukan 7,910 kotak mengandungi 189,840 tin arak tanpa cukai bernilai RM5.53 juta di kilang berkenaan.

“Kita percaya sindiket ini membawa masuk arak tanpa cukai, kemudian disimpan dalam kontena sebelum dihantar berdasarkan pesanan diterima di Johor Bahru. Kegiatan ini dipercayai aktif sejak November tahun lalu,” katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS