Johor Bahru, 27 Disember 2023 - Seramai 137 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di sini pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, serbuan dilakukan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) JSJ Bukit Aman bermula jam 12 tengah malam dan berakhir pada jam kira-kira jam 6.30 pagi.
“Pihak polis juga telah berjaya menahan 52 orang warga asing yang merupakan pengurus, pekerja am, pelanggan dan ''mummy''.
“Ujian saringan air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis Eramin 5,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.