Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ROGOL: KENALAN, TEMAN LELAKI PELAKU TERTINGGI

Petaling Jaya, 28 Disember 2023 - Seramai 6,719 remaja bawah umur 18 tahun menjadi mangsa rogol dalam tempoh lima tahun bermula 2018 sehingga Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 1,472 remaja disahkan hamil selepas menjadi mangsa rogol atau menjalinkan hubungan seks suka sama suka.

Direkodkan, jumlah paling tinggi menjadi mangsa rogol adalah remaja berusia 13 sehingga 15 tahun dengan 4,342 orang, diikuti mereka berusia 16 sehingga 18 tahun (1,686 orang); 10 sehingga 12 tahun (566 orang); enam sehingga sembilan tahun (97 orang) dan bawah enam tahun (28 orang).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, berdasarkan statistik kes seksual yang berlaku, sebanyak 80 peratus mangsa melibatkan kanak-kanak terutamanya bagi kes rogol, rogol berkumpulan dan sumbang mahram.

Kata beliau, trend semasa ini menunjukkan kes-kes berlaku didorong oleh penyalahgunaan internet atau media sosial yang mana capaian bahan lucah mudah diperoleh menyebabkan mangsa dan suspek ingin mencuba perlakuan berkenaan tanpa berhkir akibat perbuatan itu.

Jelasnya, pelaku biasanya akan mengumpan mangsa melalui perkenalan dengan menjalinkan hubungan baik sehingga mereka berasa selesa dan percaya dengan suspek.
“Melalui pendedahan maklumat peribadi di media sosial seperti gambar dan nombor telefon memudahkan suspek menggunakan identiti palsu atau penyamaran untuk mendekati mangsa.

“Setelah berkenalan, jenayah seksual boleh berlaku secara atas talian atau secara hzikal yang mana ada kanak-kanak ini telah dieksploitasi oleh penjenayah seksual ini.

“Namun, ada juga kes setelah mereka berkenalan secara atas talian, mangsa dan suspek akan berjumpa secara fizikal seterusnya berlaku hubungan seks secara fizikal,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS