Kuala Lumpur, 31 Disember 2023 - Peluang melancong percuma ke luar negara dengan menaiki pesawat selain diberikan upah lumayan sehingga RM10,000.
Itu antara tarikan dan tawaran kerjaya sebagai ‘keldai dadah' yang masih wujud dan diiklankan melalui laman media sosial.
Sehingga kini seramai 77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara bermula 2021 hingga November tahun ini atas pelbagai kesalahan dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, daripada jumlah itu, 32 individu ditahan kerana menyeludup dadah pada 2021, manakala 17 individu ditangkap bagi kesalahan sama pada tahun berikutnya.
Beliau berkata, 28 individu pula ditahan kerana terpedaya dan menjadi mangsa ‘keldai dadah’ di pintu masuk pelbagai negara bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini.
“Kebelakangan ini kes tangkapan rakyat Malaysia di luar negara yang dikaitkan dengan keldai dadah (Drug Mule) semakin meningkat.
“Sindiket dadah dapat mempengaruhi dan memperalat rakyat Malaysia dengan menawarkan upah yang lumayan antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk menyeludup dadah ke luar negara melalui media sosial,” katanya, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.