Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN : ROGOL, SUMBANG MAHRAM KES TERTINGGI BABIT KANAK-KANAK

Alor Setar, 31 Disember 2023 - Jenayah seksual melibatkan mangsa berusia 18 tahun ke bawah atau kanak-kanak meningkat setiap tahun bagi tempoh 2020 hingga 2022 dengan jumlah keseluruhan 4,570 kes.

Mengikut Statistik Kanak-Kanak 2023 oleh Jabatan Perangkaan, sebanyak 1,468 direkodkan pada 2020 diikuti 1,481 kes (2021) seterusnya 1,621 kes tahun lalu.

Katanya, jenayah seksual adalah perlakuan membabitkan rogol, sumbang mahram, seks luar tabii, cabul kehormatan dan gangguan seksual.

Menteri Pembangunan Wanita. Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak menunjukkan trend membimbangkan dengan 35 kes dilaporkan tahun lalu.

Kata beliau, jumlah tersebut bagaimanapun disifatkan sebagai tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam negara kerana yakin terdapat banyak lagi kes yang tidak dilaporkan

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran
May be an image of 1 person, slow loris and text that says 'Rogol, sumbang mahram kes tertinggi babit kanak kanak ALOR SETAR Jenayah seksual sual paling tinggi adalah rogols Menteri Pembangunan Wani- 1.468 SEBANYAK 4,570 antara diikuti enayah seksual melibatkan golongan kanak -kanak hingga 2022. GAMBAR GAMBARHIASAN adalah sumbang tersebut disifatkar adalah Sabah Selangor cabul Selangor lalu, jenayah banyak (11). mungkin malu laporan kanak untuk mem-'
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS