Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KPDN DAN PDRM BONGKAR PARKIR SIMPAN BARANG TIRUAN

Shah Alam, 7 Januari 2024 - Jual barangan elektrik dan perkakasan rumah tiruan secara dalam talian dengan menjadikan kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah di Klang sebagai pusat operasi.

Kegiatan sindiket itu bagaimanapun dibongkar hasil operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada jam 12 tengah hari kelmarin.

Hasil serbuan itu, seorang lelaki berusia 40an dipercayai pengurus dan pemilik syarikat tidak berdaftar berkenaan turut ditahan.
Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata tindakan serbuan di tempat parkir kenderaan itu adalah hasil risikan IPK Selangor selama tiga bulan sebelum diperhalusi bersama pihaknya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS