Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS LUMPUHKAN SINDIKET PERSUNDALAN ANTARABANGSA

Kuala Terengganu, 8 Januari 2024 - Sindiket persundalan antarabangsa yang cuba bertapak di Terengganu berjaya dilumpuhkan oleh pihak polis menerusi operasi khas yang dilakukan pada akhir bulan lalu.

Menerusi serbuan yang dibuat di beberapa hotel bajet di sekitar negeri itu pada 28 Disember lalu, polis berjaya menahan tujuh wanita warga asing disyaki menjadi ‘kupu-kupu malam'.

Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan berkata, wanita yang ditahan itu merupakan empat warga Thailand, Indonesia (dua) dan Laos (seorang) berusia dalam lingkungan 23 sehingga 45 tahun.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati empat suspek dipercayai menyalah guna dokumen perjalanan, manakala tiga lagi gagal mengemukakan pasport, selain menetap melebihi tempoh dibenarkan.

“Kita percaya sindiket pelacuran antarabangsa tersebut cuba memasuki pasaran Terengganu yang merupakan antara lokasi pelancongan tumpuan di negara ini.

“Mereka sudah mula menawarkan perkhidmatan di beberapa daerah seperti Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu," katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS