Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TIDAK PUTUS ASA SIASAT KES BUNUH ZAYN RAYYAN

Shah Alam, 11 Januari 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan mencari petunjuk baharu berdasarkan se'mua maklumat yang diterima berkaitan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pengarah JSJ, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya kini sedang mengumpul semua maklumat yang diperoleh bagi mengukuhkan bukti-bukti sedia ada bagi membawa kepada tangkapan suspek dalam kes itu.
"Kesemua maklumat yang ada kita sedang kumpulkan dan akan analisis serta menelitinya satu persatu termasuk juga maklumat baharu.

“Kita akan sedaya upaya mencari petunjuk dan berkaitan suspek kes ini, ia akan bergantung kepada analisis yang kita jalankan bagi menentukan sama ada seseorang itu cukup segala bukti untuk ditahan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, pada Rabu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS