Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 5 DITAHAN, SATU JUTA ROKOK DIRAMPAS

Kota Bharu, 22 Januari 2024 - Lima lelaki ditahan bersama satu juta rokok bernilai RM750,000 termasuk cukai menerusi Op Kontraban dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia 20-an hingga 59 tahun.
Menurutnya, polis menahan tiga lelaki dalam sebuah kereta jenis Perodua Kembara di hadapan kedai di Simpang Empat Kampung Pauh Panji di sini, jam 3.45 pagi.

“Susulan itu, polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Toyota dan menjumpai 300,000 rokok putih bernilai RM225,000 dipercayai tidak bercukai.
“Kesemua rokok, sebuah lori jenis Toyota dan sebuah kereta jenis Perodua Kembara dirampas.

“Soal siasat ke atas ketiga-tiga suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki yang bertindak sebagai pointer bagi kegiatan ini,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS