Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SIASATAN ROGER NG 80%, MENANTU MUHYIDDIN MASIH TUNGGU NOTIS MERAH - KPN

Petaling Jaya, 22 Januari 2024 - Siasatan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dalam usaha pemulihan aset yang dipercayai diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hampir lengkap.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya percaya akan melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat ini.

Menurut beliau, siasatan polis adalah mengenal pasti aset-aset yang diseleweng daripada dana 1MDB untuk perolehan kembali (asset recovery).
“Kita telah menyerahkan senarai itu (aset) kepada pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan lanjut.

“Siasatan polis terhadap beliau (Roger) hampir 80 peratus lengkap dan kita percaya akan selesai dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS