Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: DALANG SINDIKET DADAH BERGELAR DATUK DIDAKWA HARI INI

Petaling Jaya, 22 Januari 2024 - Anggota sindiket dadah terbesar di Sabah termasuk ahli perniagaan dan penaung sebuah badan kerajaan (NGO) bergelar Datuk akan dituduh hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan terhadap kes melibatkan sindiket itu sudah selesai.
“Insya-Allah, semua akan di tuduh esok (Isnin) di Kota Kinabalu, Sabah," katanya kepada Kosmo.
Terdahulu, media melaporkan kertas siasatan berhubung kes penahanan sindiket terbesar dadah di Sabah sedang dilengkapkan dan mereka akan tuduh dalam masa terdekat.

Selain itu, proses mengesan aset-aset lain yang dimiliki suspek juga masih berjalan termasuk beberapa akaun sudah dibekukan.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS