Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BiarJasaJadiKenangan KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA TRAFIK TULAR BANTU WARGA EMAS TERIMA PENGHARGAAN

Kota Bharu, 23 Januari 2024 - Seorang anggota trafik yang tular kerana sifat mulia membantu menumpangkan warga emas wanita dengan motosikalnya ke Masjid Muhammadi pada 15 Julai lalu, menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Kelantan Konstabel Muhammad Zulhairie Nayan, 28, menerima surat penghargaan disampaikan sendiri oleh CP Dato’ Muhamad Zaki Harun.
 
Konstabel Muhammad Zulhairie yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sejak tiga tahun lalu, mengakui pertama kali menerima penghargaan berkenaan.

Beliau tidak menyangka pertolongan dianggap kecil menjadi tular hingga mendapat perhatian pihak atasan.

“Saya ketika itu dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas tugas rondaan dan terserempak dengan wanita berusia lingkungan 80-an berjalan terbongkok-bongkok.
“Dia cuba melintas jalan dan saya bertanyakan kepadanya hendak ke mana sebelum memberitahu mahu ke masjid berdekatan.

“Saya kemudian membantu memboncengnya sejauh dua kilometer,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS