Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] PERARAKAN CHARIOT: JALAN SEKITAR IBU NEGARA DITUTUP, DILENCONGKAN

Kuala Lumpur, 24 Januari 2024 - Beberapa jalan utama sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bagi perarakan chariot sempena Thaipusam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid berkata, antara jalan terbabit ialah Jalan Tun HS Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.

Menurutnya, turut ditutup adalah Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh menuju Batu Caves.

“Perarakan bermula jam 9 malam Selasa dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee dan dijangka berakhir jam 4 petang Rabu di Kuil Sri Subramaniar Temple, Batu Caves.
“Sementara perarakan pulang pula bermula pada 26 Januari 2024 (Jumaat) jam 3 petang melalui laluan sama," katanya menerusi satu kenyataan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS