Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAMMER GODAM WHATSAPP, TELEGRAM

Petaling Jaya, 25 Januari 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan modus operandi sindiket penipuan dengan menggodam aplikasi sosial Telegram dan Whatsapp sebelum menghubungi dan meminjam wang daripada ahli keluarga serta kenalan melalui senarai nama panggilan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya mendapati kebelakangan ini sindiket penipuan sering menggunakan kaedah tersebut dengan menggodam aplikasi sosial peribadi individu sehinggakan pemilik sebenar tidak dapat mengakses Telegram dan Whatsapp mereka.

Katanya, scammer kemudian akan menghantar mesej dan meminta pinjaman wang dengan jumlah tertentu kepada ahli keluarga dan kenalan.
“Hal ini sehinggakan ramai yang terpedaya dengan memberi pinjaman kepada ‘rakan'' namun sebenarnya scammer.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 494 kes dengan kerugian RM2.5 juta direkodkan. Sejak 1 Januari lalu hingga semalam, kira-kira 50 kes melibatkan RM238.732 dicatatkan membabitkan penipuan penyamaran ini,” katanya ketika ditemui di Menara KPJ semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS