Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: TAKTIK SIMPAN GANJA DALAM KUBUR TERBONGKAR

Georgetown, 28 Januari 2024 - Taktik sindiket dadah menyimpan bekalan Ganja dalam kubur Cina di Mount Erskine, Pulau Tikus, di sini, bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, terbongkar apabila polis menahan dua lelaki tempatan serta merampas dadah bernilai RM496,088 dalam siri serbuan pada Rabu dan Khamis lalu.

Dalam serbuan itu, polis merampas 100 bungkusan Ganja mampat dikesan disembunyikan dalam lubang sedalam kira-kira 60 sentimeter (cm) di sebuah kubur Cina lama.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata, terdahulu polis memberkas seorang lelaki berusia 50 tahun di tepi jalan kawasan Estate Hong Seng kira-kira jam 4 petang dan merampas Ganja seberat 7.82 gram (g) dalam milikannya.
“Polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kira-kira 300 meter (m) dari tempat suspek pertama ditahan dan merampas Ganja serta Syabu bernilai hampir RM10,000,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Seterusnya, ACP Razlam berkata, lelaki kedua itu membawa polis ke sebuah pondok dalam hutan di perkampungan Estate Hong Seng sebelum pasukan merampas 45 bungkusan Ganja mampat seberat hampir 50 kilogram (kg) di situ.
Katanya, semua Ganja bernilai RM154,869 itu disimpan dalam dua guni dan disembunyikan di pondok berkenaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Hasil soal siasat, beliau berkata, lelaki pertama yang ditahan membawa polis ke kawasan tanah perkuburan Cina sebelum pasukan menemukan 100 bungkusan mampat ganja seberat 102.9kg bernilai RM331,272 yang disorok dalam sebuah kubur di situ.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS