Kuala Lumpur, 29 Januari 2024 - Jangan mudah terpedaya dengan janji bakal memperoleh pulangan pelaburan tinggi di media sosial.
Begitu nasihat diberikan Polis Diraja Malaysia kepada orang ramai terutama golongan berusia supaya tidak mudah terpedaya dengan janji manis sindiket penipuan.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berikutan itu anak-anak perlu sentiasa mengingatkan ibu bapa masing-masing berhubung risiko penipuan.
“Pelaburan kewangan perlu dibuat dengan institusi yang dibenarkan dan jangan sesekali percaya dengan iklan pelaburan di media sosial. Golongan berusia sentiasa menjadi sasaran sindiket penipuan pelaburan, malah terdapat peningkatan drastik bagi tempoh sama berbanding tahun lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.