Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RAKYAT PERLU TERUS BERI SOKONGAN, YAKINI KEWIBAWAAN PDRM

Ketika masyarakat masih belum melupakan kisah seorang pegawai kanan polis berpangkat deputi superintendan dalam kes langgar hingga menyebabkan kematian seorang pelajar berumur 17 tahun di Ipoh, kita sekali lagi dikejutkan dengan video tular kejadian perbuatan anggota polis trafik menawarkan diskaun saman kepada pasangan warga United Kingdom (UK) ketika ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju.

Di tengah-tengah tularnya kes yang membawa kepada penahanan tiga anggota polis trafik itu, seorang anggota polis berpangkat sarjan pula didakwa merogol gadis berusia 16 tahun di Perak Tengah dan ditahan Ahad lalu.

Dalam ruang masa relatif singkat, kita digegarkan pula dengan kejadian seorang pegawai polis berpangkat inspektor dituduh merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang tampil membuat laporan di pejabat pegawai berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Hakikatnya, kejadian seperti ini secara tidak langsung mempengaruhi tanggapan rakyat terhadap integriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Apatah lagi PDRM adalah pasukan beruniform yang secara dasarnya bertanggungjawab memelihara undang-undang di negara ini.

Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 menggariskan lima dasar utama PDRM yang mesti ditegakkan semua anggota dan pegawainya tanpa mengira pangkat dan latar bertugas.
Ikuti kupasan lanjut oleh Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Farhana Sabri mengenai tanggapan rakyat terhadap integriti PDRM menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS