Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SIKAP CUAI 'MAHARNYA' NYAWA

Kuala Lumpur, 2 Februari 2024 - Berita mengenai kejadian kanak-kanak maut akibat terjatuh bangunan terpampang di laman berita bukanlah perkara baharu, malah saban tahun dilaporkan berlaku.
Lebih menyedihkan, ada ‘si kecil'' menemui ajal seawal usia dua tahun selepas terjatuh dari bangunan tinggi.

Jendela terbuka, balkoni, tirai, rekaan perabot, ketinggian dalam bangunan dan kecuaian pengawasan menjadi faktor berlakunya insiden jatuh bangunan sehingga membawa maut.
Sepanjang tempoh tiga tahun dari 2021 hingga tahun lalu, sebanyak 24 kes kanak-kanak dilaporkan terjatuh dari bangunan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, kanak-kanak boleh terjatuh dari kondominium, pangsapuri atau flat melalui pelbagai cara.
Menurutnya, kanak-kanak yang mempunyai akses kepada jendela terbuka mungkin akan merangkak atau mencuba bermain di sekitarnya dan secara tidak sengaja terjatuh melalui jendela terbabit.

“Selain itu, jika sebuah kondominium atau pangsapuri mempunyai balkoni, kanak-kanak yang tidak diawasi dengan baik mungkin terjatuh dari balkoni itu.
“Tirai dan rekaan perabot di dalam kediaman mereka juga boleh menjadi penyebab kerana kanak-kanak mungkin akan merangkak ke atas perabot atau tali tirai yang berada berdekatan jendela yang boleh menyebabkan mereka terjatuh jika ia tidak stabil,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS