Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET GUNAKAN INAP DESA UNTUK SOROK PATI DIGEMPUR

Kuala Selangor, 3 Februari 2024 - Kegiatan satu sindiket yang menjadikan inap desa di Tanjong Karang dekat sini sebagai rumah transit pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak dua bulan lalu tumpas apabila digempur polis malam kelmarin.
Serbuan kira-kira pukul 9.45 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota D3 Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kerjasama Balai Polis Kuala Selangor.
Dalam Ops Pintas itu, seramai 48 warga Indonesia berusia enam hingga 51 tahun termasuk penjaga premis dan tekong darat ditahan.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya mengenai sindiket penyeludupan migran.
Menurutnya,pemeriksaan mendapati tangkapan termasuk 14 wanita dan tiga kanak-kanak.
“Sindiket itu menggunakan taktik membawa migran ke lokasi pelepasan dan bertolak ke negara jiran menerusi jalan laut,” katanya, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS