Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: ANGGOTA POLIS RONDA CEGAH JENAYAH PARAH DILANGGAR KERETA

Ipoh, 5 Februari 2024 - Seorang anggota polis parah dilanggar sebuah kereta ketika menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini pada Ahad.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 34 tahun bersama rakan setugasnya menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.

"Ketika mangsa mula menghampiri, pemandu kereta terbabit bertindak mengundurkan kenderaan dan melanggar motosikal mangsa yang menyebabkannya terjatuh.

"Suspek bagaimanapun sekali lagi bertindak mengundurkan kenderaannya hingga melanggar mangsa kali kedua sebelum memecut meninggalkan tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.

"Impak kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan kecemasan.

"Hasil pemeriksaan mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.sinarharian.com.my/article/647937/berita/semasa/polis-ronda-cegah-jenayah-parah-dilanggar-kereta?fbclid=IwAR2YtdU62UEQPeEZhrWhdLWTPiQZaMrLjim3vniQm5xZiq_arjxDTTL_bsQ

Polis ronda cegah jenayah parah dilanggar kereta


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS