Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET JADIKAN EKSTASI SEPERTI SERBUK KOKO TUMPAS

Johor Bahru, 5 Februari 2024 - Satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik baharu dengan menjadikan serbuk Ekstasi seakan serbuk koko ditumpaskan polis dalam dua serbuan, Isnin lalu.

Selain itu, sindiket terbabit turut membungkus semula dadah ke dalam paket minuman berperisa sebagai satu daripada cara bagi mengaburi pihak berkuasa.

Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkata, dalam dua serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi, 29 Januari lalu, lima lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 31 tahun ditahan.

Beliau berkata, pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1.81 juta turut dirampas.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjadikan rumah yang disewa sebagai stor penyimpanan serta pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan sama ada kegunaan peribadi atau ke pusat-pusat hiburan.

“Kegiatan sindiket ini sudah aktif beroperasi sejak Julai 2023,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text that says 'Sindiket jadikan ekstasi seperti serbuk koko tumpas Pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1.81 juta dirampas dalam dua serbuan IDANG POLIS JOHO Oleh Izz Laily Hussein news@bh.c Johor Bahru: Satu sindiket pe- menggu- dengan serbuk ekstasi dalam serbuan Kumar sidang media hingga4 yang disewa sebagai serbuk ekstasi dijadikan seakan serbuk koko yang dirampas polis dalam dua serbuan pada Johor, semalam. (Foto dirampas. Beliau berkata, merampas se ekstası, Kegiatan sindiket kencing suspek 'Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjadikan ru- empat da- sudah hor dadah Polis Kontinjer sini, semalam. berkaitan suspek dire- Kumar berkata, hasil saringan haya 1952. Akta Dadah'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS