Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LIMA KES BUNUH SEMINGGU - KPN

Petaling Jaya, 7 Februari 2024 - Purata sebanyak lima kes bunuh direkodkan berlaku dalam seminggu bagi tempoh tiga tahun sejak 2021 sehingga tahun lalu.

Jenayah berkenaan berlaku secara rawak dengan kajian polis mendapati antara motif pembunuhan disebabkan pertengkaran atau selisih faham, cemburu, mabuk, balas dendam dan hutang.

Sepanjang tempoh sama, seramai 1,509 individu terdiri 1,332 lelaki dan 177 wanita ditahan kerana terlibat dalam kes bunuh.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 741 kes bunuh direkodkan Polis Diraja Malaysia sepanjang tempoh tiga tahun kajian itu. Kata beliau, terdapat peningkatan kes menyaksikan sebanyak 239 kes bunuh berlaku pada 2021, diikuti 2022 (241 kes) dan 2023 (261 kes).

“Berdasarkan kes yang direkodkan, tiada jenayah kes bunuh secara bersiri dilaporkan, sebaliknya siasatan yang dijalankan mendapati kesemua kes ini berlaku secara rawak.

“Dapatan siasatan mendapati antara motif kejadian tertinggi yang dikenal pasti dalam kes jenayah bunuh sepanjang tempoh sama adalah disebabkan pertengkaran atau selisih faham, cemburu, mabuk, balas dendam dan hutang,” katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of map and text that says 'Lima kes bunuh seminggu -KPN MASZUREEN HADZMAN Lima kes bunuh seminggu KPN Darimuka1 beliau, terdapat pen- KEJAM Rangka sebuah bunuh dire- mangsa) tempoh 202 dalam tahun enayah empoh Kampung selisih Sonaniang ditahan katanya Utusar Malaysia, Razaru- (PDRM) hun kajian mem- mereka Sungai Bersambungdimuk terlibat siasatan sini. d ran erselisihan dalam dalam pasti menjadi kemarahan beliau, kaum unuh dendam 39 kes) dera atau hutang tertinggi kongsı vidu katanya. Hamid Abdul India Sabah mangsa) Sarawak pembunuhan kewarasan tertentu. faktor'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS