Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GAJI RENDAH BUKAN FAKTOR RASUAH, SALAH LAKU

Kuala Lumpur, 8 Februari 2024 - Isu gaji rendah anggota polis khususnya kategori lain-lain pangkat (LLP) bukan faktor mendorong kepada berlakunya salah laku, terutama perbuatan rasuah yang hanya membabitkan segelintir daripada mereka.

Namun kerajaan diharap tidak memandang sepi keluhan golongan terbabit yang masih mengharapkan ada perubahan pada tangga gaji mereka kerana paras minimum anggota LLP ketika ini sangat tidak setimpal dengan keperluan ekonomi semasa.

Mengulas perkara itu, Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), Sub Inspektor Abd Rashid Ali berkata, gaji pokok seorang Konstabel bermula dari RM1,441 sebulan.

Katanya, walaupun menerima elaun sekitar RM600 hingga RM700, namun kadar itu tidak tetap dan berbeza mengikut cawangan penugasan.

“Sedangkan kami ada keluarga yang perlu disara. Selain perbelanjaan diri sendiri dan keluarga, ada yang perlu menanggung kedua-dua orang tua. Dari mana mahu dapat duit untuk menyara semua itu?

“Anak pula perlu dihantar ke taska dan sekolah, jika ada anak dua tiga orang, berapa dah kami perlu keluarkan belanja? Ini tidak termasuk perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak,” katanya kepada BH semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 1 person, slow loris and text that says 'kepada laku, rang mem- Gaji rendah bukan faktor rasuah, salah laku Lumpur: Isu gaji rendah Asli Sokongan kelak akan Service integriti nilai-nilai anggota Dari mengikut kepada sifat ingin hidup selain dihantar tipa tidak rendah, kiraan meng- diletakkan mereka bawah banyakan segelintir yang menyarankan bermula RM1,441 sekitar kadar Integriti (JIPS) tidak Bukit warga PDRM pegawai kontinjen, ngan keluar- belanjaan diri sendiri RM1441 pada mereka laku, berkata, dengan Orang pihaknya ada tan PDRM dijadikan sebagal kepada ntegriti singkat. keimanan, didikan dividu kalanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS